Selamat Datang ke Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre!
IHG hotel terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Terkenal sebagai bandar perniagaan, gaya hidup, destinasi makanan dan hiburan. Bertempat di Jalan Raja Chulan, hanya 3 minit jarak berjalan dari Stesen Monorail Raja Chulan manakala 7 minit dari Stesen MRT Bukit Bintang.
Menawarkan akses ke lokasi tarikan utama termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara KL, Sky Deck, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Petrosains, Aquaria KLCC, Jalan Petaling, Pasar Seni dan Taman Tasik Perdana.
Terokai Bukit Bintang yang dikenali sebagai syurga membeli-belah seperti Pavilion KL, Suria KLCC, Berjaya Times Square, Avenue K, Lot 10, Fahrenheit 88, dan Sungei Wang Plaza. Hayati hiburan malam di Suzie Wong, Beer Bank atau Changkat Bukit Bintang dan nikmati makanan tempatan di Jalan Alor.
Mulakan pagi anda dengan mandian segar dari tidur yang nyenyak dengan tilam yang berkualiti tinggi dan pilihan bantal lembut atau empuk. Terdapat bilik yang menyediakan katil sofa atau tilam sofa. Merangkumi keperluan: Sarapan Express Start atau pilihan Grab & Go, Wi-Fi percuma, gim dan dobi layan diri 24 jam, mesin layan diri, pusat bisnis layan diri, 2 bilik mesyuarat dan Great Bar.
Kami menyediakan lokasi strategik bersama harga berpatutan, semestinya pilihan terbaik untuk anda.
Reservasi:
Resepsionis: 60-3-20288888
Email: info.kulcc@ihg.com
84 Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, 50200 Malaysia
Check-In: 3:00 PM
Check-out: 12:00 PM
Usia minimum check-in: 21
Harga tertera adalah harga rata-rata masa inap per malam dari